Thursday, June 12, 2008

Ni Pun Isu Pelik Juga

Y.Bhg. ..........
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Y.Bhg............,

KENAIKAN PANGKAT KE GRED UD44 BAGI PEGAWAI PERUBATAN YANG MENYELESAIKAN LATIHAN SISWAZAH SELAMA 2 TAHUN DAN PENYELARASAN GAJI BAGI PEGAWAI PERUBATAN UD41 DAN UD44 YANG LAIN, LANTIKAN SEBELUM 2008

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas serta surat ..........................

2. Sukacita bahawa pihak kami amat mengalu-alukan langkah KKM memberi pengiktirafan kepada profession perubatan dengan meningkatkan gred perkhimatan pegawai perubatan ke UD44 selepas menamatkan latihan siswazah selama 2 tahun. Tidak dinafikan cadangan tersebut boleh mengurangkan kadar aliran pegawai perubatan yang baru keluar daripada KKM.

3. Walau bagaimanapun, pihak kami berharap agar kaedah yang digunakan di dalam penyelarasan gaji tersebut dijalankan secara teratur dan adil terhadap semua pegawai perubatan terutama kepada pegawai perubatan yang lebih senior yang telah setia berkhidmat dengan penuh dedikasi dengan KKM.

4. Berdasarkan kepada Lampiran 1, pihak kami berasa amat bimbang jika pada tahun 2010 pegawai perubatan lantikan tahun 2008 akan berada di tangga gaji yang lebih tinggi daripada pegawai perubatan gred UD41 lebih senior (lantikan sebelum 2008) yang telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan selama 3 hingga 10 tahun. Ini adalah tidak munasabah serta akan mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak.

5. Bagi mengelakkan perkara tersebut, pihak kami ingin mencadangkan agar penyelarasan gaji untuk pegawai perubatan sedia ada adalah seperti di lampiran 2. Pihak kami berpendapat bahawa cadangan tersebut adalah adil dan dapat mengelakkan rasa tidak puas hati pegawai perubatan di semua peringkat.

6. Sekali lagi kami ingin menyatakan sokongan terhadap apa jua langkah penambahbaikan skim perkhidmatan pegawai perubatan di KKM. Walau bagaimanapun, setiap langkah perlu mengambil kira keadilan pegawai perubatan di semua peringkat. Sehubungan dengan itu, dengan hormatnya kami memohon agar cadangan di atas dipertimbangkan dan dipersetujui oleh Y.Bhg. ..................

Sekian, terima kasih

Yang Benar

.................................

S.K.

.....................................................

Lampiran 1

PERUBAHAN TANGGA GAJI YANG DIJANGKAKAN AKIBAT DARIPADA PENYELARASAN GAJI YANG BARU

Pegawai Perubatan UD41 selepas tamat latihan siswazah 2 tahun
(Tempoh perkhidmatan 3 tahun)

Gred Sebelum Penyelarasan
UD41
P1 T8
Gred Selepas Penyelarasan
UD44
P1 T6

Pegawai perubatan sedia ada yang mana penyelaran gaji akan dibuat mengikut gaji tertinggi yang terhampir

Pegawai Perubatan UD41 sedia ada tanpa ijazah lanjutan
(Tempoh perkhidmatan 10 tahun)

Gred Sebelum Penyelarasan
UD41
P1 T16
Gred Selepas Penyelarasan
UD44
P1 T5

Pegawai Perubatan UD41 sedia ada DENGAN ijazah lanjutan YANG MENDAPAT 2 KALI KENAIKAN SELEPAS TAMAT SARJANA
(Tempoh perkhidmatan 10 tahun)

Gred Sebelum Penyelarasan
UD41
P1 T18
Gred Selepas Penyelarasan
UD44
P1 T7

Lampiran 2

CADANGAN PENYELARASAN GAJI UNTUK PEGAWAI PERUBATAN SEDIA ADA

Penyelarasan Gaji Pada Tahun 2008

Pegawai Perubatan UD41
Gred gaji semasa P1 T7 hingga P1 T9
UD44
P1 T7
Gred Dan Tangga Gaji Pada 2010
UD44
P1 T9

Pegawai Perubatan UD41
Gred gaji semasa P1 T10 hingga P1 T12
UD44
P1 T9
Gred Dan Tangga Gaji Pada 2010
UD44
P1 T11

Pegawai Perubatan UD41
Gred gaji semasa P1 T13 hingga P1 T15
UD44
P1 T11
Gred Dan Tangga Gaji Pada 2010
UD44
P1 T13

Pegawai Perubatan UD41
Gred gaji semasa P1 T16 hingga P1 T18
UD44
P2 T12
Gred Dan Tangga Gaji Pada 2010
UD44
P1 T14

Pegawai Perubatan UD41
Gred gaji semasa P1 T19 dan ke atas
UD44
P2 T14
Gred Dan Tangga Gaji Pada 2010
UD48

3 comments:

Anonymous said...

Isu dan isi tak pelik kalau perkara ini berlaku di Malaysia. sekarang ni banyak perkara pelik yang telah berlaku dan akan berlaku.
Keadaan di sini memang telah melihatkan bagaimana orang Malaysia ni taat dan menghormati. Terutamanya dikalangan doktor.
Sebab itu JPA dan juga agensi lain dapat memutar belit dan menangguh apa apa yang penting di dalam Kemeterian Kesihatan. Mereka cuba menyelesaikan masalah mereka bukannya menyelesaikan masalah doktor dan pasukan yang berada di dalam kementerian. Mereka mereka ini walaupun dikalangan doktor telah memyertai mereka yang mempunyai kekuatan dalam kerajaan untuk melaksankan sesuatu polisi. Ini yang telah berlaku di Malaysia dan perkara ini akan terus berlaku kerana ramai para doktor kita adalah yang Yes BOs dan malas dan takut untuk menyuarakan pendapat dan perkara sebenar.(TERMASUK SAYA)Belakang saja berani cakap sebab nak jaga periuk nasi.
Isu ini akan jadi nasi BASI saja kalau semua doktor berfikiran begini. JAdi jangan salahkan kerajaan atau mereka yang membuat polisi ini. Kerana mereka yang buat polisi ini berani buat kerana ada back up dan mereka tahu para doktor kat Malaysia ni "kechik punya hal , boleh settle". Jadi rasa nya kita hanya boleh tulis dalam blog saja. Kena tambah satu lagi dalam CPD kita ....kena pandai tulis blog or doktor blogers.

Unknown said...

Perkara ini bukan hanya berlaku di kalangan doktor & KKM sahaja. Di kalangan guru & Kementerian Pelajaran juga berlaku. Mngkin juga ada berlaku di Kementerian lain tetapi tidak di highlight kan atas sebab-sebab tertentu.
Saya adalah seorang bekas guru tetapi mengambil keputusan drastik utk meletakkan jawatan kerana tidak mahu menjadi mangsa ketidakadilan policy maker yg kadangkala menrangka polisi mendiskriminasi dan penuh dgn kerenah birokrasi.Bosan dgn sikap sesetengah penjawat awam yg 'YES Bos'.Tapi apa yg bole sy buat sbagai rakyat Malaysia utk mengubah policy dan sistem yg sedia ada? pada pandangn peribadi sy, disebabkan diskriminasi dan ketidakadilan sesuatu polisi ini lah myebabkan ramai dr.pakar kita lari ke hospital swasta, atau ke luar negara hingga timbul plak isu brain drain. Akhirnya , siapa yg kerugian? Negara Malaysia ni jugak lah..

dr said...

yup, seperti saya yang dah berkhidmat selama 9 tahun tetapi cuma sebab lambat hantar borang telah mendapat u44 lebih lambat dari junior yang 4 tahun lebih muda. sepatutnye... kenaikan pangkat kena ikut seniority. yang junior mempunyai gaji lebih tinggi dari senior..strange enough.. kkm should think about seniority and better improvement for the senior staff.. bagi ud44 ikut tangga gaji sebelumnye.. not given to everybody.. then senior and junior sama gaji or junior gaji lebih tinggi